“Takkanlah saya kena scam… saya cuma bagi IC dan nombor akaun je….”
Namun, hakikatnya ramai kehilangan wang dan data peribadi akibat pemikiran ini!
Ingat Bestie!! Sindiket penipuan pekerjaan semakin licik. Mereka mungkin menawarkan gaji besar tetapi akhirnya mereka mengosongkan akaun bank anda!
Jangan biarkan diri anda terpedaya. Amalkan konsep 3S, Soal.Sekat.Sebar
Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
Sekiranya anda menjadi mangsa, segera hubungi hotline bank anda atau NSRC di talian 997 (8am – 8pm, setiap hari) dan buat laporan polis.
Sumber: SOCSO
