mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS KPG EMPELAM DI NADI KABONG

📅 Tarikh16 July 2025 (Rabu)
🕙 Masa08:30 am -11:30 am
📍 LokasiNADI Kabong

Program ini memberi pendedahan awal kepada dunia digital kepada kanak-kanak TABIKA KEMAS Kampung Empelam melalui lawatan sambil belajar yang menyeronokkan dan interaktif. Antara pengisian program ialah:

📌 Pengenalan apa itu NADI?

Kanak-kanak diperkenalkan kepada fungsi dan peranan NADI dalam memperkasa komuniti dengan teknologi maklumat.

🖥️ Pengenalan Perkakasan Asas Komputer

Sesi interaktif mengenai komponen asas komputer seperti papan kekunci, tetikus dan monitor secara mudah dan menarik.

⌨️ Latihan Menaip di Microsoft Word

Aktiviti menaip ringkas menggunakan Microsoft Word bagi melatih koordinasi tangan dan pengenalan kepada penggunaan papan kekunci.

🎮 Latihan & Permainan di Kidztyping.com

Sesi menaip sambil bermain menggunakan laman web Kidztyping.com yang direka khas untuk kanak-kanak – menyeronokkan dan mendidik!