mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x USAHAWAN COHORT 5: WEBINAR ATAS TALIAN 1- PENGURUSAN KEWANGAN & PERANCANGAN PERNIAGAAN

📅 Tarikh11 September 2025 (Khamis)
🕙 Masa10:00 am – 11:30 am
🔗 PlatformGoogle Meet
📍 LokasiNADI Kabong

Webinar atas talian bertajuk “Pengurusan Kewangan & Perancangan Perniagaan” ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan mengurus kewangan dengan berkesan serta merancang perniagaan secara strategik. Melalui sesi ini, peserta akan mempelajari asas-asas pengurusan aliran tunai, penyediaan bajet, serta perancangan perniagaan jangka pendek dan panjang yang dapat membantu meningkatkan daya saing dan kelangsungan perniagaan. Webinar ini amat sesuai untuk usahawan baharu, pemilik perniagaan kecil, atau sesiapa sahaja yang berminat untuk memperkukuhkan asas kewangan dan strategi perniagaan mereka.