| 5 March 2026 (Khamis) | |
| 02:00 pm – 03:30 pm | |
| NADI Book | |
| NADI Kabong |
Program NADI x Tiny Techies: Ulangkaji Siri 3 – Python, HTML & SQL ini bertujuan mengukuhkan lagi pemahaman peserta terhadap asas pengaturcaraan dan pembangunan web melalui sesi ulang kaji yang berfokus. Dalam sesi ini, peserta mengulangkaji konsep penting “Python” seperti pembolehubah, struktur kawalan dan fungsi asas, “HTML” bagi membina dan menyusun struktur laman web, serta “SQL” untuk mengurus dan membuat pertanyaan dalam pangkalan data.
Melalui penerangan dan latihan praktikal, peserta berpeluang memperbaiki kefahaman terhadap topik yang telah dipelajari sebelum ini. Program ini membantu meningkatkan kemahiran teknikal, mengasah pemikiran logik serta membina keyakinan peserta dalam mengaplikasikan ilmu pengaturcaraan dalam projek digital.