mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x TINY TECHIES : BENGKEL UNBOXING KIT TINY TECHIES (ROBOTIK – SEKOLAH RENDAH)

πŸ“… Tarikh9 Ogos 2025 (Sabtu)
πŸ•™ Masa10:00 am – 11:00 am
πŸ”— Platformwww.tinytechies.nadi.my
πŸ“ LokasiNADI Kabong

Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies merupakan satu program pengenalan robotik yang menyeronokkan khas untuk murid sekolah rendah. Dalam bengkel ini, peserta diberi peluang untuk membuka dan meneroka kit robotik Tiny Techies yang direka khas untuk membantu mereka memahami asas teknologi dan elektronik secara mudah dan interaktif. Melalui aktiviti β€˜unboxing’, murid-murid dapat melihat sendiri komponen-komponen robotik seperti motor, sensor, wayar dan papan litar. Mereka juga dibimbing cara memasang kit tersebut serta diberi penerangan asas tentang bagaimana robot berfungsi.