mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X TINY TECHIES : BENGKEL UNBOXING KIT IOT INOVASI (SEKOLAH MENENGAH)

📅 Tarikh27 July 2025 (Ahad)
🕙 Masa10:00 am – 11:00 am
🔗 Platformwww.tinytechies.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Bengkel Unboxing Kit IoT Inovasi untuk sekolah menengah merupakan satu program pembelajaran secara praktikal yang bertujuan memperkenalkan pelajar kepada konsep Internet of Things (IoT) dan penggunaannya dalam kehidupan harian. Melalui bengkel ini, pelajar akan diberi kit IoT khas dan berpeluang membuka (unbox), mengenal pasti fungsi setiap komponen seperti sensor dan mikropengawal, serta memasangnya untuk membina projek asas.