mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x TINY TECHIES : BENGKEL MAHIR TINY TECHIES – IOT INOVASI

📅 Tarikh27 September 2025 (Sabtu)
🕙 Masa11:30 am – 12:30 am
🔗 Platformtinytechies.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Bengkel Mahir Tiny Techies – IoT Inovasi” merupakan bengkel pembelajaran berasaskan teknologi yang memfokuskan kepada penerokaan Internet of Things (IoT) dalam mencipta inovasi pintar. Peserta didedahkan kepada konsep asas IoT, penggunaan sensor dan peranti pintar, serta cara menghubungkannya melalui platform digital. Bengkel ini bertujuan untuk memupuk kemahiran teknikal, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah dalam kalangan peserta, selaras dengan perkembangan teknologi masa kini dan keperluan Revolusi Industri 4.0.