mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x TINY TECHIES: BENGKEL MAHIR SUMO ROBOT (SEKOLAH RENDAH)

📅 Tarikh11 Oktober 2025 (Sabtu)
🕙 Masa10:00 am – 11:00 am
🔗 Platformtinytechies.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Bengkel ini memberi peluang kepada murid sekolah rendah untuk meneroka dunia robotik secara interaktif dan menyeronokkan. Peserta mempelajari asas reka bentuk, pemasangan dan pengaturcaraan robot Sumo, serta memahami prinsip pergerakan automatik dan strategi pertandingan robotik. Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kemahiran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), tetapi juga memupuk kreativiti, kerjasama dan pemikiran logik dalam kalangan pelajar muda.