mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat: NADI E-Sukan – Kelas Kesedaran : Mental Kuat, Rank Naik (Urus Tekanan & Emosi semasa Bermain)

📅 Tarikh12 April 2025 (Sabtu)
🕙 Masa12:00 pm – 01:00 pm
🔗 Platformhttps://www.esports.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta tentang kepentingan kesihatan mental, pengurusan tekanan dan kawalan emosi semasa bermain permainan video atau e-sukan. Dengan mengambil pendekatan yang mesra belia dan relevan dengan minat semasa, kelas ini membawa mesej penting bahawa kejayaan dalam permainan bukan hanya bergantung kepada kemahiran teknikal, tetapi juga kekuatan mental dan kestabilan emosi.

Antara pengisian utama program termasuk:

  • Pengenalan kepada Tekanan dan Emosi: Peserta diperkenalkan kepada definisi tekanan, punca-punca tekanan semasa bermain (contohnya tekanan untuk menang, tekanan rakan sepasukan, tekanan masa), serta bagaimana emosi boleh mempengaruhi prestasi permainan.
  • Kesan Tekanan Tidak Terkawal: Perbincangan tentang akibat negatif tekanan yang tidak diurus dengan baik, termasuk rage quit, pergaduhan dalam pasukan, keletihan mental, dan kesan terhadap kesihatan fizikal dan mental secara keseluruhan.