mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat : Mahir Masak – Menu Western

📅 Tarikh12 April 2025 (Sabtu)
🕙 Masa09:30 pm – 11:30 pm
🔗 Platformhttps://www.mahir.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Peserta mahir masak minggu ini belajar tajuk ” Menu Western’ . Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada tiga jenis hidangan utama yang terkenal dalam masakan Barat iaitu:

  1. Pan Fried Seabass with Lemon Butter Sauce.
  2. Chicken Chop with Mushroom Sauce.
  3. Beef Steak with Blackpepper Sauce.

Pemilihan menu ini adalah bertujuan untuk melatih peserta dalam pelbagai teknik memasak seperti kaedah pan-frying ikan dan daging, penyediaan sos berasaskan mentega, krim dan stok, serta pengendalian bahan mentah seperti ikan dan daging lembu dengan betul dan selamat.

Sesi ini juga menekankan kepentingan aspek penyediaan awal , kawalan suhu ketika memasak, dan teknik plating bagi menghasilkan hidangan yang bukan sahaja enak tetapi juga menarik dari segi persembahan. Sepanjang latihan, peserta turut diberi pendedahan mengenai padanan rasa (flavour pairing), keseimbangan tekstur dalam hidangan, serta pemilihan ramuan yang sesuai untuk mencapai rasa autentik masakan Barat.