mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat : Mahir Foto – Suntingan Gambar (VSCO Filter)

📅 Tarikh29 Mei 2025 (Khamis)
🕙 Masa10:00 am – 11:30 am
🔗 PlatformMAHIR FOTO : Suntingan Gambar (VSCO Filter) – YouTube
📍 LokasiNADI Kabong

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta dalam bidang penyuntingan gambar menggunakan aplikasi mudah alih popular, VSCO. Ia memberi tumpuan kepada penggunaan filter serta teknik asas suntingan bagi menghasilkan gambar yang menarik, estetik, dan sesuai untuk perkongsian di media sosial atau kegunaan peribadi/kreatif.

Objektif Program:

1)Memperkenalkan peserta kepada aplikasi VSCO dan fungsinya.

2)Mengajar teknik asas suntingan seperti pencahayaan, kontras, suhu warna, dan filter.

3)Meningkatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan gambar yang estetik.

4)Memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan kemahiran penyuntingan melalui aktiviti secara langsung.