| 6 July 2025 (Ahad) | |
| 02:30 pm – 03:00 pm | |
| www.dilea.nadi.my | |
| NADI Kabong |
Program Forum Bersama Komuniti diadakan untuk mencari peserta Mahir Intake 2, dan forum komuniti khas untuk mengenali lebih dekat perjalanan program NADI Mahir yang telah melahirkan ramai peserta mahir dan berdaya saing! ![]()
![]()
Dalam forum ini, peserta telah diterangkan lebih lanjut mengenai 5 Program Mahir yang ditawarkan iaitu:
Mahir Jahit โ Mengasah kemahiran menjahit dari asas ke tahap profesional, termasuk tudung, pakaian harian.
Mahir Masak โ Pelajari seni kulinari, penyediaan makanan popular dan asas perniagaan makanan kecil-kecilan.
Mahir Foto โ Latihan asas fotografi digital & suntingan, sesuai untuk media sosial, perniagaan atau kerjaya sambilan.
Mahir Pertanian Pintar โ Pendedahan kepada teknik pertanian moden & inovatif menggunakan teknologi pintar.
Mahir Baiki Gajet โ Pelajari kemahiran membaiki telefon pintar dan peranti elektronik โ permintaan tinggi masa kini!
Forum ini bukan sekadar sesi taklimat โ ia juga memberi peluang kepada peserta untuk bertanya, berkongsi minat dan menjadi calon peserta Intake 2!




