mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat : E-Sukan – Modul 2 : Toksik atau Terbuka? Budaya Komunikasi Selamat Dalam Komuniti E-Sukan (Kelas Kesedaran)

📅 Tarikh31 Mei 2025 (Sabtu)
🕙 Masa09:00 am – 10:00 am
🔗 Platformhttps://www.esports.nadi.my/
📍 LokasiNADI Kabong

🎯 Objektif Modul 2:

🗣️ Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan komunikasi yang sihat dan beretika dalam komuniti e-sukan.

⚠️ Mengenalpasti ciri-ciri komunikasi toksik seperti buli siber, ucapan kebencian, provokasi dan diskriminasi.

🤝 Menggalakkan sikap terbuka dan saling menghormati ketika berinteraksi secara maya dengan pemain lain.

🧠 Membina kemahiran mengurus emosi dan memberi respon yang positif dalam situasi kompetitif atau tegang.

🚨 Mendorong tindakan bertanggungjawab, termasuk cara melaporkan tingkah laku tidak wajar kepada moderator atau pentadbir platform.