mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat : E-Sukan – Modul 2 : Suntingan Video & Pengurusan Kandungan Untuk Streamer (Kelas Pensijilan)

📅 Tarikh31 Mei 2025 (Sabtu)
🕙 Masa09:00 am – 10:00 am
🔗 Platformhttps://www.esports.nadi.my/
📍 LokasiNADI Kabong

🎯 Objektif Modul 2: Suntingan Video & Pengurusan Kandungan Untuk Streamer

✂️ Memperkenalkan asas suntingan video untuk kandungan e-sukan, termasuk teknik memotong, menyusun dan menambah elemen visual.

🧰 Memberi pendedahan kepada perisian suntingan popular seperti CapCut, DaVinci Resolve, Adobe Premiere Pro, dan sebagainya.

🎨 Melatih peserta mencipta video yang menarik dan profesional, termasuk penggunaan intro/outro, overlay, kesan khas dan muzik latar.

🗂️ Membimbing peserta dalam pengurusan kandungan digital – cara menyimpan, menyusun dan menjadualkan siaran serta video.

📲 Mendedahkan teknik penyesuaian kandungan (repurposing content) untuk pelbagai platform seperti TikTok, Instagram, YouTube dan Facebook.