mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x MAHIR : MAHIR PERTANIAN PINTAR SESI 1 – TEKNOLOGI LEPAS TUAI DAN PEMBUNGKUSAN

📅 Tarikh28 Oktober 2025 (Selasa)
🕙 Masa03:00 pm – 04:30 pm
🔗 Platformmahir.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan dan kaedah pengendalian hasil tanaman selepas tuaian agar kualiti produk pertanian dapat dikekalkan. Dalam sesi ini, peserta juga mempelajari teknik asas penyimpanan, pembungkusan dan pelabelan hasil pertanian menggunakan teknologi moden. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta dalam aspek pengurusan hasil pertanian secara efisien, sekali gus membantu mereka memasarkan produk dengan lebih berkualiti dan bernilai tinggi.