| 7 Ogos 2025 (Khamis) | |
| 03:00 pm – 04:30 pm | |
| www.mahir.nadi.my | |
| NADI Kabong |
Dalam sesi ini, peserta didedahkan dengan teknik asas dan kreatif dalam penyediaan mocktail, iaitu minuman tidak beralkohol yang menyegarkan. Fokus utama adalah kepada tiga jenis mocktail iaitu Mojito Orange Juice, Mojito Soda Herbs, dan Mojito Blue Lagoon. Peserta mempelajari cara memilih bahan segar seperti daun pudina, limau nipis, buah-buahan, dan sirap berperisa. Teknik seperti muddling, shaking, dan garnishing turut diajar bagi memastikan rasa mocktail seimbang dan persembahannya menarik.











