| 18 November 2025 (Selasa) | |
| 03:00 pm – 04:30 pm | |
| mahir.nadi.my | |
| NADI Kabong |
Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik menjahit kurung moden secara teratur dan kemas. Dalam sesi ini, peserta mempelajari langkah demi langkah proses jahitan bermula daripada penyambungan bahagian asas, teknik jahitan yang sesuai, sehingga menghasilkan potongan kurung moden yang siap dipakai. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran praktikal peserta dalam menghasilkan pakaian moden yang berkualiti serta membuka peluang kepada mereka untuk menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan.









