mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x MAHIR: MAHIR JAHIT SESI 2 – MENDRAF POLA KURUNG MODEN, KAIN DUYUNG

📅 Tarikh27 Oktober 2025 (Isnin)
🕙 Masa03:00 pm – 04:30 pm
🔗 Platformmahir.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Mahir Jahit Sesi 2 – Mendraf Pola Kurung Moden dan Kain Duyung ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik asas mendraf pola bagi rekaan kurung moden dan kain duyung. Melalui sesi ini, peserta belajar cara mengambil ukuran badan dengan tepat, melakar pola mengikut ukuran yang betul serta memahami kaedah penyediaan pola sebelum proses menggunting dan menjahit dijalankan. Program ini membantu peserta meningkatkan kemahiran asas dalam bidang jahitan dan menyediakan asas penting untuk menghasilkan pakaian yang kemas dan berkualiti.