mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x MAHIR : MAHIR FOTO SESI 3 – MODUL 3 CONTENT CREATION

📅 Tarikh12 November 2025 (Rabu)
🕙 Masa03:00 pm – 04:30 pm
🔗 Platformmahir.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Program ini memberi tumpuan kepada kemahiran penghasilan kandungan digital (content creation) yang kreatif dan berimpak tinggi. Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada teknik merancang, merakam serta menyunting foto dan video bagi tujuan promosi atau perkongsian di platform digital. Program ini juga membantu peserta memahami elemen penting dalam penceritaan visual dan strategi menghasilkan kandungan yang menarik perhatian audiens. Melalui program ini, peserta dapat mengembangkan kemahiran dalam bidang kreatif digital serta meningkatkan potensi keusahawanan melalui penghasilan kandungan yang berkualiti.