| 6 Ogos 2025 (Rabu) | |
| 03:00 pm – 04:30 pm | |
| www.mahir.nadi.my | |
| NADI Kabong |
Sesi ini memberi tumpuan kepada pengenalan ciri-ciri utama dalam mobilegrafi (fotografi menggunakan telefon pintar). Peserta didedahkan kepada teknik asas serta elemen penting seperti komposisi, pencahayaan, sudut pandang, fokus, dan penggunaan mod kamera dalam telefon pintar. Satu kuiz interaktif dijalankan bagi menguji pemahaman peserta tentang ilmu mobilegrafi yang telah dipelajari, sekaligus mengukuhkan pengetahuan mereka dengan cara yang menyeronokkan dan praktikal.




