| 15 Ogos 2025 (Jumaat) | |
| 03:00 pm – 04:30 pm | |
| www.mahir.nadi.my | |
| NADI Kabong |
Alatan Diagnose & Android merupakan sesi pembelajaran yang memberi tumpuan kepada penggunaan alatan khusus untuk mengenal pasti dan membaiki masalah pada peranti Android. Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada pelbagai jenis tools dan perisian diagnostik yang digunakan oleh juruteknik, seperti multimeter, power supply, serta software seperti Android Multi Tools atau Miracle Box. Peserta akan belajar cara mengesan kerosakan pada papan litar, mengenalpasti masalah sistem, serta melakukan flashing, reset atau pemasangan semula firmware. Sesi ini penting untuk meningkatkan kemahiran teknikal dalam membaiki peranti Android dengan lebih tepat dan efisien, serta memberi keyakinan kepada peserta untuk mengendalikan kerosakan yang lebih kompleks.





