mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x MAHIR: MAHIR AGRI PINTAR SESI 1 – PENGURUSAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK

📅 Tarikh26 Ogos 2025 (Selasa)
🕙 Masa03:00 pm – 04:30 pm
🔗 Platformwww.mahir.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Sesi ini menekankan kepentingan pendekatan kawalan serangga secara menyeluruh dan bersepadu bagi memastikan kelestarian hasil pertanian. Pengurusan ini merangkumi langkah-langkah seperti pemantauan populasi serangga, penggunaan agen kawalan biologi seperti musuh semula jadi, aplikasi racun perosak secara terkawal dan berhemah, serta pengamalan teknik pertanian yang baik (GAP). Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengurangkan kerosakan tanaman dan kerugian hasil, malah mengelakkan kebergantungan berlebihan terhadap racun kimia yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan manusia.