mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x KIDVENTURE: COHORT 6 – TONTONAN VIDEO: PERANCANGAN PERNIAGAAN & PERANCANGAN KEWANGAN

📅 Tarikh13 Oktober 2025 (Isnin)
🕙 Masa02:30 pm – 03:30 pm
📍 LokasiNADI Kabong

Sesi tontonan video ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas perancangan perniagaan dan kewangan dalam dunia keusahawanan. Peserta mempelajari langkah merancang idea perniagaan, mengurus bajet, serta memahami kepentingan pengurusan kewangan yang bijak bagi memastikan kelangsungan dan kejayaan perniagaan. Program ini bertujuan memupuk semangat inovatif dan literasi kewangan dalam kalangan pelajar muda sebagai persediaan ke arah menjadi usahawan muda yang berdaya saing.