mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x KEUSAHAWANAN COHORT 4 : WEBINAR 2 – PEMASARAN & OPERASI PERNIAGAAN

📅 Tarikh14 Ogos 2025 (Khamis)
🕙 Masa10:00 am – 11:30 am
🔗 PlatformGoogle Meet
📍 LokasiNADI Kabong

Webinar ini memberi tumpuan kepada dua aspek penting dalam perniagaan iaitu pemasaran dan operasi perniagaan. Dalam topik pemasaran, peserta didedahkan kepada cara mengenal pasti sasaran pelanggan, strategi promosi yang berkesan serta bagaimana membina jenama yang kukuh. Manakala dalam operasi perniagaan, fokus diberikan kepada pengurusan harian perniagaan seperti pengurusan stok, penyampaian perkhidmatan, kawalan kos dan penambahbaikan proses. Tujuannya adalah untuk membantu usahawan menjalankan perniagaan dengan lebih cekap dan berdaya saing.