| 17 November 2025 (Isnin) | |
| 04:00 pm – 05:00 pm | |
| Zoom | |
| NADI Kabong |
Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep pengantunan siber serta bagaimana ia boleh berlaku dalam pelbagai platform digital. Dalam sesi ini, peserta mempelajari tanda-tanda awal pengantunan, taktik yang sering digunakan oleh pelaku, serta risiko terhadap keselamatan emosi dan fizikal mangsa. Program ini turut menekankan langkah pencegahan seperti mengurus privasi akaun, berkomunikasi secara selamat, melaporkan tingkah laku mencurigakan dan mendapatkan bantuan daripada pihak berwajib. Melalui program ini, peserta lebih bersedia untuk mengenali, mengelakkan dan menangani ancaman pengantunan siber dengan lebih berkesan.





