mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Inisiatif Kerajaan : Pendaftaran Sarawak ID & e-Tani

📅 Tarikh3 July 2025 (Khamis)
🕙 Masa09:00 am – 10:00 am
📍 LokasiNADI Kabong

Sarawak ID sebagai satu platform digital yang menyatukan pelbagai perkhidmatan dalam talian kerajaan negeri, memudahkan rakyat untuk mengakses perkhidmatan awam dengan lebih pantas, selamat dan efisien. Pendaftaran Sarawak ID membolehkan pengguna mengurus permohonan bantuan, lesen, dan maklumat peribadi mereka secara dalam talian tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat kerajaan.

e-Tani merupakan satu inisiatif digital khusus bagi komuniti petani di Sarawak untuk memudahkan pendaftaran, pemantauan serta akses kepada bantuan dan maklumat pertanian.