NADI X E-SUKAN:KOMUNIKASI DALAM PASUKAN E-SUKAN

Laporan Aktiviti | 4 April 2026
📅 Tarikh04 April (Sabtu)
🕙 Masa08:00 am – 09:00 am
🔗 Platformesports.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Komunikasi merupakan elemen penting dalam pasukan e-sukan kerana ia membantu pemain berkongsi maklumat dengan cepat dan tepat semasa permainan berlangsung. Penyampaian arahan yang jelas, penggunaan istilah yang ringkas, serta maklumat seperti kedudukan musuh dan strategi permainan sangat diperlukan untuk memastikan pasukan dapat bertindak secara tersusun.

Selain itu, komunikasi yang baik juga membina kerjasama dan kepercayaan antara ahli pasukan. Pemain perlu saling menyokong, memberi maklum balas secara positif, dan mengawal emosi bagi mengekalkan suasana yang harmoni. Peranan ketua pasukan juga penting dalam menyelaras komunikasi dan memastikan semua ahli bergerak mengikut strategi yang sama.

Gambar boleh klik disini>>>>>>