mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x E-SUKAN : KELAS KESEDARAN – KESIHATAN MENTAL & KESEJAHTERAAN ATLET E-SUKAN

📅 Tarikh14 September 2025 (Ahad)
🕙 Masa10:00 am – 10:15 am
🔗 Platformwww.esports.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Sesi pembelajaran dan kesedaran yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada atlet e-sukan tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan diri. Dalam kelas ini, peserta akan didedahkan kepada cabaran emosi, tekanan pertandingan, pengurusan masa, serta cara-cara menangani stres dalam dunia e-sukan yang kompetitif. Inisiatif ini penting untuk memastikan atlet bukan sahaja cemerlang dalam prestasi permainan, tetapi juga seimbang dari segi mental dan emosi.