| 27 September 2025 (Sabtu) | |
| 09:00 am – 01:00 pm | |
| esport.nadi.my | |
| NADI Kabong |
Basic Scriptwriting for Animation” merupakan program kolaboratif yang bertujuan memperkenalkan asas penulisan skrip animasi kepada para peserta, khususnya dalam konteks e-sukan dan kandungan digital. Program ini memberi pendedahan tentang struktur naratif, pembangunan watak, serta teknik menyampaikan cerita yang menarik melalui medium animasi. Peserta juga didedahkan kepada elemen penting dalam industri animasi tempatan dan bagaimana menyesuaikan penulisan skrip untuk menarik minat penonton sasaran, terutamanya golongan muda yang terlibat dalam dunia e-sukan.




