mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x CYBERSECURITY : SELAMATKAH TELEFON ANDA DARIPADA ANCAMAN?

📅 Tarikh14 Ogos 2025 (Khamis)
🕙 Masa03:00 pm – 04:30 pm
🔗 Platformwww.cybersecurity.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang bahaya ancaman siber yang boleh menyerang telefon pintar, seperti perisian hasad (malware), pancingan data (phishing), dan akses tanpa kebenaran. Peserta diajar cara mengenal pasti tanda-tanda telefon telah digodam, serta langkah-langkah keselamatan seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengaktifan pengesahan dua faktor (2FA), dan pentingnya mengemas kini perisian. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengguna dalam melindungi data peribadi serta maklumat penting daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.