| 29 Januari 2026 (Khamis) | |
| 03:00 pm – 04:30 pm | |
| www.cybersecurity.nadi.my | |
| NADI Kabong |
Program NADI x Cybersecurity: Cara Menangani Ancaman Serangan Siber ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai keselamatan siber dalam penggunaan teknologi digital. Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada jenis-jenis ancaman serangan siber seperti pancingan data (phishing), perisian hasad (malware) dan penipuan dalam talian, serta langkah pencegahan dan tindakan yang boleh diambil bagi melindungi data dan peranti. Program ini membantu peserta memahami kepentingan amalan keselamatan digital, meningkatkan keupayaan mengenal pasti risiko siber, serta menggalakkan penggunaan teknologi secara lebih selamat dan bertanggungjawab.