mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x CYBERSECURITY : ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM (SLOT 2)

📅 Tarikh24 Oktober 2025 (Jumaat)
🕙 Masa03:00 pm – 04:30 pm
🔗 Platformcybersecurity.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Webinar ini membincangkan tentang bahaya keselamatan digital yang boleh berlaku apabila menggunakan rangkaian awam seperti WiFi percuma di kafe, perpustakaan atau tempat awam lain. Peserta diterangkan tentang cara penggodam mencuri maklumat peribadi serta langkah pencegahan seperti menggunakan VPN, elak log masuk akaun penting di rangkaian awam dan mengemas kini perisian keselamatan. Program ini meningkatkan kesedaran peserta tentang pentingnya menjaga keselamatan data dalam dunia digital masa kini.