mcmc
Laporan Aktiviti

NADI NURTURE DILEA: OPEN TUITION SAINS (TINGKATAN 2) – NUTRISI

📅 Tarikh12 Februari 2026 (Khamis)
🕙 Masa03:30 pm – 04:30 pm
🔗 Platformwww.dilea.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Program NADI Nurture DiLea: Open Tuition – Sains (Tingkatan 2) Nutrisi ini bertujuan memberi pemahaman kepada pelajar tentang konsep nutrisi dan kepentingannya terhadap kesihatan serta pertumbuhan. Dalam sesi ini, pelajar dibimbing mengenal pasti kelas makanan utama seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air, serta fungsi setiap nutrien dalam badan. Selain itu, pelajar turut memahami kepentingan amalan pemakanan seimbang dan kesan kekurangan atau lebihan nutrien terhadap kesihatan. Program ini membantu pelajar menguasai konsep Sains dengan lebih jelas, meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat, serta mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.

Gambar boleh klik disini>>>>>>