mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR JAHIT SESI 1,2,4 & 5 : MENJAHIT TUDUNG 2 LAPIS & PENGIRAAN KOS UNTUK TEMPAHAN (MINGGU 21)

📅 Tarikh12 Disember 2025 (Jumaat)
🕙 Masa03:00 pm – 04:30 pm
🔗 Platformmahir.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Peserta didedahkan kepada proses lengkap bermula daripada penyediaan dan pemilihan kain yang sesuai, teknik memotong pola, cantuman dua lapis tudung dengan jahitan yang kemas, sehinggalah kepada kemasan akhir bagi menghasilkan tudung yang berkualiti. Selain kemahiran teknikal, peserta turut diajar cara mengira kos pengeluaran termasuk kos bahan mentah, benang, upah jahitan dan anggaran harga jualan, supaya mereka dapat menetapkan harga tempahan yang munasabah serta berdaya saing.