KELAS ICT
(PC Hardware & Microsoft Word )
Tarikh : 5 Januari 2025 Masa : 1 jam – 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1.Meningkatkan kemahiran komputer iaitu dengan memperkenalkan Perkakasan Komputer kepada pelajar.
2.Membina kemahiran menulis iaitu dengan menggunakan Microsoft Word, pelajar dapat memperbaiki kemahiran menulis mereka, seperti memformat teks, menggunakan ejaan yang betul, dan mengatur ayat dengan jelas.
3.Pelajar dapat menggunakan pelbagai ciri Microsoft Word seperti memasukkan gambar, clipart, dan grafik untuk menambah elemen visual dalam dokumen mereka, yang boleh meningkatkan daya kreativiti mereka.
Aktiviti
1.Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di bilik ICT NADI Kabong. Peserta didedahkan dengan pelbagai latihan yang berkaitan dengan kemahiran asas komputer.
2.Peserta membuat biodata atau karangan pendek tentang topik tertentu, dengan menggunakan seperti Bold, Italic, dan Underline untuk menukar format teks mereka.
3.Petugas juga menggalak peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.