Kelas Latihan ICT bersama pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Tarikh : 28 April 2019
Masa : 9.00 am – 4.00 pm
Kelas latihan ICT pada kali ini, pelajar didedahkan dengan Microsoft Power Point. Pelajar diterangkan fungsi-fungsi setiap tab yang terdapat pada aplikasi berkenaan. Disamping itu, mereka juga diperkenalkan kaedah pencarian imej yang berformat PNG untuk dimasukkan ke dalam tugasan mereka. Tugasan mereka pada kali ini ialah membuat poster perniagaan menggunakan Microsoft Power Point.
Tujuan pembelajaran ini bagi membolehkan para pelajar mempelbagaikan kemahiran mereka dalam penggunaan Microsoft Office dimana mereka boleh menghasilkan poster dengan hanya menggunakan aplikasi mudah Power Point.
Disamping itu, turut diselitkan dengan slot kuiz dan kempen Klik Dengan Bijak tentang kesedaran E-waste bagi pembuangan telefon rosak secara berhemah.