![]() | 14 Jun 2025 (Sabtu) |
![]() | 10:00 am – 12:00 pm |
![]() | tinytechies.nadi.my |
![]() | NADI Kabong |
Program ini merupakan kolaborasi antara NADI dan Tiny Techies yang bertujuan untuk memperkenalkan asas robotik kepada kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun. Dalam bengkel ini, peserta didedahkan kepada konsep asas teknologi robotik dan memperkenalkan asas pengaturcaraan secara interaktif dan menyeronokkan. Aktiviti ini dapat merangsang minat terhadap STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik) serta mengasah kemahiran berfikir secara logik dan kreatif sejak usia muda. Program ini juga menekankan pembelajaran berasaskan projek dan kerjasama berkumpulan.




