Pertanian merupakan antara hasil pertanian utama bagi masyarakat Kabong. Antara tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat setempat adalah penanaman pokok kelapa. Buah kelapa tua biasanya akan di jual kepada penduduk sekitar mahupun luar pada harga yang berpatutan. Selain itu, terdapat juga permintaan daripada pemborong di sekitar Kabong untuk mendapatkan buah kelapa muda sebagai menu di restoran-restoran mereka. Permintaan yang tinggi terhadap buah kelapa menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru di sekitar Kabong.