![]() | 06 March 2025 (Khamis) |
![]() | 02:00 pm – 03:30 pm |
![]() | Google Meet |
![]() | Bilik Latihan NADI Kabong |
Kelas Masakan Nyonya bersama Chef Florence Tan dengan memperkenalkan resipi tradisional Nyonya yang kaya dengan rasa dan warisan budaya. Dalam kelas ini, peserta mempelajari cara menyediakan dua hidangan istimewa, iaitu Ayam Titik dan Kuih Gading Galoh.
- Ayam Titik ialah hidangan berkuah yang menggunakan ayam, lobak putih, dan lada putih. Hidangan ini terkenal dengan rasanya yang menyegarkan serta dipercayai mempunyai khasiat untuk menghangatkan badan.
- Kuih Gading Galoh pula merupakan kuih berlapis yang lembut dan manis, diperbuat daripada santan dan tepung beras, mencerminkan keunikan kuih tradisional masyarakat Nyonya.
Melalui kelas ini, peserta berpeluang mempelajari teknik memasak, memahami bahan-bahan yang digunakan, serta mengenali sejarah di sebalik setiap hidangan. Chef Florence Tan turut berkongsi petua berguna untuk menghasilkan masakan yang sedap.




