mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Lifelong Learning : Mahir Jahit – Pengenalan Asas Jahitan Tangan dan Mesin

📅 Tarikh28 Februari 2025 (Jumaat)
🕙 Masa03:00 pm – 04:00 pm
🔗 PlatformGoogle Meet
📍 LokasiBilik Latihan NADI Kabong

Kursus asas jahitan yang direka khas untuk individu yang ingin mempelajari kemahiran jahitan tangan dan mesin dari peringkat asas. Peserta didedahkan kepada teknik jahitan asas seperti Jahitan Kekal, Jahitan Sementara dan Jahitan Pengemas. Jahitan kekal terdiri daripada jahitan kia, jahitan halus dan jahitan mesin. Manakala Jahitan Sementara terdiri daripada jelujur kasar dan jelujur panjang pendek. Jahitan Pengemas pula terdiri daripada jahitan lilit ubi, jahitan insang pari, jahitan silang pangkah dan sembat susup.