NADI X E-SUKAN: WEBINAR COMPOSITING & EDITING
| 25 April 2026 (Sabtu) | |
| 09:00 am – 01:00 pm | |
| esports.nadi.my | |
| NADI Kabong |
Compositing & Editing dalam e-sukan merujuk kepada proses menghasilkan video yang menarik daripada rakaman permainan. Editing melibatkan pemotongan klip, penyusunan babak, penambahan muzik, teks dan efek untuk menjadikan video lebih kemas dan mudah difahami. Ini penting untuk menghasilkan highlight, montaj atau kandungan media sosial yang berkualiti.
Compositing pula ialah proses menggabungkan pelbagai elemen seperti grafik, animasi, efek visual dan lapisan video menjadi satu paparan yang menarik. Dengan teknik yang betul, video akan kelihatan lebih profesional dan memberi impak kepada penonton. Gabungan kedua-dua kemahiran ini membantu meningkatkan kualiti kandungan e-sukan dan menarik lebih ramai penonton.