mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR JAHIT SESI 1: MENDRAF DAN MENGGUNTING TUDUNG 2 LAPIS (MINGGU 19)

📅 Tarikh24 November 2025 (Isnin)
🕙 Masa09:30 am – 11:00 am
🔗 Platformmahir.nadi.my
📍 LokasiNADI Kabong

Program ini memberi pendedahan awal kepada peserta tentang asas pembuatan tudung dua lapis. Dalam sesi ini, peserta mempelajari teknik mendraf pola dengan tepat, cara menentukan ukuran yang sesuai serta kaedah menggunting fabrik mengikut bentuk dan lapisan yang diperlukan. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran asas jahitan peserta sambil memberi kesedaran mengenai potensi bidang jahitan sebagai kemahiran praktikal yang boleh dikembangkan menjadi sumber pendapatan.