Untuk makluman orang luar, Pasar Tani Kabong akan diadakan setiap minggu bagi memberi ruang dan peluang kepada usahawan muda dalam penjualan hasil tanaman mereka. Antara yang menjadi tarikan adalah buah tembikai, nanas, jagung dan yang lain-lain lagi. Bagi bahagaian ternakan pula sesiapa yang ingin mencari daging kambing yang segar boleh dapatkan di situ juga.
Selain itu, pelbagai jualan produk turut dihadirkan seperti produk ikan masin buatan orang kampung sendiri dan yang paling penting ikan segar turut ada namun hanya pada sebelah petang sahaja.